Wednesday, July 29, 2009

Syaaban....Mari kita hayati...

Rasulullah SAW bersabda : " Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka hendaklah kalian bangun pada malanya ( melakukan ibadat ) dan berpuasa pada siangnya ini kerana Allah SWT turun ( merahmati hamba-hamba-Nya ) pada malam tersebut mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman : Adakah dari kalangan hamba-hambaku yang memohon keampunan , maka aku akan ampunkanya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki maka akan Ku-turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka yang ditimpa bala, maka akan ku sejahterakannya, Adakah dari kalangan mereka begini dan adakah dari kalangan mereka begini sehinggalah terbit fajar."

Bulan Rejab telah melabuhkan tirainya, Syaaban sedang dilalui dan Ramadhan hampir menjelang tiba. Marilah kita semua warga SKTP mengisi bulan-bulan barakah ini dengan penuh penghayatan sebagai seorag Muslim dari kalangan guru-guru, kakitangan atasan dan bawahan seterusnya murid-murid sekalian. Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah SWT memlaui ibadat fardu dan sunat..Mari kita penuhi setiap detik denyutan nadi kita dengan memperbanyakkan ibadat,melaksanakan amalan kebaikan dan terus meninggalkan amalan yang tidak baik. Ayuh kalian...Kita hidupkan suasana sekolah kita, rumah kita, perjalanan hidup kita dengan kehidupan muslim yang syumul. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dalam tindakan dan perilaku kita setiap hari..

1 comment:

  1. Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

    1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam)
    2. Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    3. Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    4. Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
    5. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
    6. Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
    7. Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
    8. Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
    9. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
    10.Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
    11.Baca surah ikhlas 1000x
    12. Berpuasa pada siangnya (Khamis)

    Sabda Nabi s.a.w;
    1.Apabila masuk bulan syaaban,aikkanlah niatmu adanya,kerana kelebihan....2.Barang siapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban:-
    Apabila masuk bulan Syaaban,baikkanlah niatmu adanya,kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

    Diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.Dia akan menjadi taulan nabi Allah Yusof di dalam Syurga.Di beri pahala oleh Allah seprti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratlmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripadanya huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat dan di wajibkan syurga baginya. (Al-Hadis
    3.Barangsiapa berpuasa:-


    Pada awal khamis dibulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban,dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-Hadis) dari kitab Al-Barokah).

    4.Berkata Siti Aisyah r.a.:-


    Bulan yang lebih dikasihi Rasulullah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

    5.Sabda Nabi s.a.w.


    Syaaban adalah bulan ku dan Ramadhan adalah bulan umat ku.Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)

    6.Sabda Nabi s.a.w.:-


    Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa,maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Taala bukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat.
    7.Sabda Rasulullah s.a.w.:-



    Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.


    8. Sabda Nabi s.a.w.:-

    Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain nya seperti Quran atas segala Qalam.Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan ku atas segala Anbia' (nabi-nabi). Kelebiahan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain nya seperti kelebihan Allah atas sekalian makluk Nya.

    Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:-Angkat kepala mu ke langit,itulah malam yang dibukakan pintu langit.

    9.Sabda Nabi s.a.w:-


    Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkandosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)

    10.Sabdanya lagi:-


    Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.Allah berfirman:"Adakah orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya.Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya" demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)

    ReplyDelete