Wednesday, April 27, 2011

Impian Panitia Pendidikan Islam





Impian kami....Panitia pendidikan Islam & jQAF berusaha sedaya upaya bagi memastikan murid-murid taman perling berjaya menguasai bacaan Al-Quran, Mahir dalam bacaan dan tulisan jawi, menguasai bahasa arab dengan baik dan menyediakan murid-murid yang mempunyai akhlak yang mulia bagi mendepani cabaran globalisasi yang penuh onak dan duri dihri yang mendatang..amin Ya Allah

Sambutan Maulidur Rasul SKTP 1432 Hijrah





Rasullullah..dalam mengenangmu..kami warga Sekolah Taman Perling menyusuri sirahmu...
Pahit dan getir perjuangnmu membawa cahaya dan kebenaran...
Terima Kasih wahai kekasih Allah.

Wednesday, September 9, 2009

LAILATUL QADR

salam ramadhan buat seluruh warga SKTP....
Bulan Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya, kita sedang malalui pertengahan Ramadhan yang mana terdapat banyak kisah yang menceritakan tentang kelebihan bulan ramdhan apatahlagi di penghujungnya..Dalam suasana sekolah kita sedang melalui peperiksaan yang besar di peringkat sekolah rendah ini iaitu UPSR, sama-samalah kita tingkatkan amalan dan doa kita agar
Terdapat berbagai cerita mengenai tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk ke bumi dan sebagainya. Menurut Hamka semuanya ini adalah perkara yang tidak dapat dipertanggungjawabkan menurut ilmu agama yang sebenarnya.
Mengikut Anas daripada nabi menyatakan bahawa Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umatku (Muhammad) Lailatul Qadar dan tidak diberikan kepada umat sebelumnya.
Keistimewaan lain yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dinyatakan dalam ayat 4 yang menjelaskan bahawa malaikat dan roh turun pada malam itu dengan keizinan Tuhan. Yang dimaksudkan dengan `roh ialah malaikat Jibrail dan ini pendapat jumhur ulama. Ia disebut secara khusus kerana kemuliannya. Ada pendapat lain menyatakan nabi Isa a.s turun untuk melihat umat dan menziarahi nabi Muhammas s.a.w. Ada juga pendapat menyatakan roh-roh orang yang mukmin turun untuk menziarahi keluarga-keluarga mereka. Ada pendapat satu lagi mentafsirkan kepada `Rahmat dari Allah. Pada malam tersebut Allah s.w.t telah melipatkan rahmatnya kepada seluruh orang mukmin yang masih hidup dan juga kepada yang telah mati. Betapa pemurahnya Allah kepada hambaNya............. SEMOGA KITA SAMA-SAMA BERUSAHA MENCARI DAN MENDAPATKAN MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN INI......

Monday, August 24, 2009

ADAB-ADAB BERPUASA

Salam Ramadhan buat seluruh warga SK Taman Perling,...

Semoga puasa kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dengan melaksanakan amalan-amalan yang dituntut dalam Al-Quran dan meningglakan amalan yang ditegah oleh Allah SWT.

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi ...


v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan. Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

vii. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari

Wednesday, July 29, 2009

Syaaban....Mari kita hayati...

Rasulullah SAW bersabda : " Apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka hendaklah kalian bangun pada malanya ( melakukan ibadat ) dan berpuasa pada siangnya ini kerana Allah SWT turun ( merahmati hamba-hamba-Nya ) pada malam tersebut mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman : Adakah dari kalangan hamba-hambaku yang memohon keampunan , maka aku akan ampunkanya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki maka akan Ku-turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka yang ditimpa bala, maka akan ku sejahterakannya, Adakah dari kalangan mereka begini dan adakah dari kalangan mereka begini sehinggalah terbit fajar."

Bulan Rejab telah melabuhkan tirainya, Syaaban sedang dilalui dan Ramadhan hampir menjelang tiba. Marilah kita semua warga SKTP mengisi bulan-bulan barakah ini dengan penuh penghayatan sebagai seorag Muslim dari kalangan guru-guru, kakitangan atasan dan bawahan seterusnya murid-murid sekalian. Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah SWT memlaui ibadat fardu dan sunat..Mari kita penuhi setiap detik denyutan nadi kita dengan memperbanyakkan ibadat,melaksanakan amalan kebaikan dan terus meninggalkan amalan yang tidak baik. Ayuh kalian...Kita hidupkan suasana sekolah kita, rumah kita, perjalanan hidup kita dengan kehidupan muslim yang syumul. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dalam tindakan dan perilaku kita setiap hari..

Wednesday, July 22, 2009

SUBHANALLAH




KELEBIHAN AL-QURAN


Hampir setiap hari murid-murid SKTP diajar membaca Al-Quran, memperdengar tasmik, mempelajari kandungan Al-Quran dan sebagainya,...Kenapa kita dianjurkan membaca Al-Quran? ..kerana Al-Quran Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82) Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil. Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain. Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.. marilah seluruh warga SKTP kita perbanyakkan bacaan Al-Quran moga kita semua dirahmati Allah SWT.

Sunday, July 19, 2009

Syukur

Israk dan mikraj


Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

Oleh itu, pihak panitia pendidikan Islam SKTP mengharapkan seluruh warga SKTP sama-sama kita mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj untuk kita lebih menghargai nikmat iman dan Islam yang kita punyai agar dapat kita bentuk diri menjadi muslim yang diredhoi Allah SWT. amin

Thursday, July 9, 2009

TAZKIRAH BULAN REJAB


Bulan Rejab sangat mulia disisi Allah, dimana umat Islam dianjurkan memperbanyakkan amalan istighfar memeohon keampunan agar dapat mensucikan diri daripada sebarang dosa kecil dan besar sebelum menghadapi bulan seterusnya syaaban dan ramadhan...Pada hari Jumaat 10.7.2009 Panitia Pendidikan Islam Sekolah kebangsaan Taman Perling akan mengadakan tazkirah berkaitan tajuk " Bulan Rejab Kelebihan dan Amalan" agar dapat mendidik murid-murid kepada peri pentingnya bulan Rejab kepada kehidupan umat Islam agar dapat memenuhi usia muda pelajar dan juga kepada guru-guru dengan amalan-amalan bagi mencapai keredhaan Allah SWT.