Wednesday, July 22, 2009

KELEBIHAN AL-QURAN


Hampir setiap hari murid-murid SKTP diajar membaca Al-Quran, memperdengar tasmik, mempelajari kandungan Al-Quran dan sebagainya,...Kenapa kita dianjurkan membaca Al-Quran? ..kerana Al-Quran Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman : Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82) Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya. Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil. Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain. Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisahMaka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.. marilah seluruh warga SKTP kita perbanyakkan bacaan Al-Quran moga kita semua dirahmati Allah SWT.

No comments:

Post a Comment